Testing

Permohonan melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi ke Mesir masih dibuka. Segala pertanyaan boleh terus hubungi Encik Fakrul 0197586167 , Cik Nadirah 0133023030 , Dr Ahmad 0133061313 , UmmiMM 0196206167

Thursday, March 24, 2016

PELUANG UNTUK LEPASAN SPM MELANJUTKAN PENGAJIAN DIDALAM BIDANG PERUBATAN, PERGIGIAN DAN FARMASI KE MESIR UNTUK SESI SEPTEMBER 2017

Assalamualaikum wbth,🌷

1. MedicMesir (MM) adalah sebuah agensi penghantaran pelajar2 Malaysia ke Mesir yang terunggul. Alhamdulillah, tahun 2017 adalah tahun ke 10 MedicMesir menyediakan perkhidmatan pengurusan penghantaran pelajar perubatan ke bumi Mesir.


2. Terima kasih atas sokongan semua. Semoga dengan usaha ini, MM boleh menyumbang di dalam memudahkan urusan pengajian bagi anak2 lepasan SPM yang bercita2 untuk menjadi doktor perubatan, doktor pergigian atau farmasi. Tonton video graduan MedicMesir Tanta yang terkini, Feb 2016 


3. Bidang perubatan adalah bidang yang mulia dan amat diperlukan terutama dikalangan orang Muslim. Terlalu banyak kelebihan, kebaikan yg melimpah ruah serta sumbangan kepada ummah yang tidak ternilai dengan wang ringgit untuk mereka yang memilih bidang perubatan. Sudah pasti tidak semua yang berminat dan layak. Tetapi, bagi mereka yang LAYAK, BERMINAT dan MAMPU, MM adalah pilihan terbaik bagi mereka bagi merealisasikan impian ini. TAHNIAH!

4. Alhamdulillah, atas permintaan ramai, seperti tahun2 lepas, khas untuk sesi pengambilan 2017, MM berbesar hati menjemput semua lepasan SPM / Matrikulasi / A Level / Asasi  serta IbuBapa ke siri-siri taklimat yang akan diadakan diseluruh negeri bermula 11hb Mac 2017.

5. JADUAL TAKLIMAT 2 JAM PERCUMA 
Berikut adalah jadual taklimat sepanjang bulan Mac dan bulan April 2017 mengikut zo​n​
🚑 Sila Daftar di link dibawah untuk mendapat maklumat terkini mengenai taklimat
 bit.ly/maklumantaklimat2017

🚑 Pegawai yang bertugas mengenai Taklimat MM 2017 adalah En.Fakrul (0197586167)
=====================================


A) ​ZON TENGAH 
✔ Dewan MedicMesir, Bangi 
Tarikh : Setiap Sabtu, 10-12 tghri 
(11,18,25 Mac & 1,8,15,22,29 April) 

​​ALAMAT: 
No C-07-03, Plaza Paragon Point, 
Jalan Medan Pusat Bandar 2A, 
43650 Bandar Baru Bangi 
Selangor 

LOKASI GPS: 
https://goo.gl/maps/daGUCneU1Jn​ 

​B) ​ZON SELATAN 
✔ Hotel Seri Malaysia, Melaka 
Tarikh : Setiap Sabtu, 10-12 tengahari 
(18,25 Mac & 1,8,15,22,29 April) 

​C) ZON UTARA 
✔ Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak 
Tarikh : Setiap Ahad, 10-12 tengahari 
(19,26 Mac & 2,9,23,30 April) 

​D) ZON PANTAI TIMUR 
✔ MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan 
Tarikh : Setiap Jumaat, 9-11 pagi 
(17,24,31 Mac & 7,14,21,28 April) 



==========================================
💊 SOALAN-SOALAN LAZIM.

1. Mengapa ke Mesir? Mengapa tidak belajar bidang perubatan di Malaysia sahaja?

Di Malaysia, perlu pastikan selesai Matrikulasi atau Asasi dan perlu mendapat PNGK 4.0 ! Proses temuduga adalah perlu didalam saringan mendapatkan tempat di IPTA untuk menjalankan progam perubatan atau pergigian.

KUOTA PROGRAM PERUBATAN DI MALAYSIA (418 sahaja !)


KUOTA PROGRAM PERGIGIAN DI MALAYSIA (80 sahaja !) 



2. Siapa yang layak memohon?
✔ Semua lepasan SPM. Pelajar lepasan Matrikulasi dan A Level juga dipelawa memohon, tetapi keputusan yg dinilai untuk kemasukan adalah SPM. Pelajar akan terus memasuki Tahun 1 , tanpa perlu mengambil Asasi atau Foundation / Matrikulasi.
✔ Tiada HAD umur. Hanya untuk Universiti Al Azhar sahaja yang TERHAD kepada SPM 2014/2015/2016  sahaja.

3. Apakah program yang ditawarkan & jangkamasa?
✔ Perubatan ( 6 tahun) 
✔ Pergigian (5 tahun) 
✔ Farmasi ( 5 tahun)

4. Apakah pilihan Univeristi yang ada?
Ada 8 buah University yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
a. Mansoura University
b. Alexandria University
c. Tanta University
d. Al Azhar University
e. Ainsham University
f. Kaherah University
g. Assiut University 

JOM TONTON VIDEO :-) ALEXANDRIA UNIVERSITY


JOM TONTON VIDEO :-) MANSOURA UNIVERSITY 

5. Berapakah kos yuran pengajian ?
✔ { Alexandria, Tanta, Mansoura , Ainsham , Zagazig dan Kaherah } 
Yuran=Program Perubatan /Pergigian/ Farmasi 8000USD setahun 
(Dibayar 2 kali setahun iaitu 4000USD pada awal January 2018 dan baki 4000USD pada bulan May 2018)
✔ { Al Azhar University } 
2000 USD untuk tahun pertama (dibayar pada bulan May 2018) bagi Al Azhar University dan 8000 USD untuk tahun seterusnya
✔ {FARMASI DI ZAGAZIG UNIVERSITY} 
8000 USD untuk tahun pertama ( dibayar pada awal Januari 2018) 
{ ✈✈✈ anda tidak perlu membawa wang yuran lagi semasa fly ! ✈✈✈}

5. Apakah kelayakan kemasukan minima ?
✔ Sekurang2nya B didalam 8 subjek SPM ( Bio, Fizik, Kimia, BM, English, Sejarah, Matematik Tambahan ; Matematik ).

6. Adakah tajaan atau bantuan dari mana-mana sumber disediakan ?
✔ Yuran boleh dibayar melalui KWSP .
✔ Permohonan zakat dan pinjaman boleh dibuat mengikut negeri masing2. Setiap negeri mempunyai sistem penilaian yang berbeza.

7. Adakah pihak JPA / MARA menaja pelajar2 ke Mesir?
✔Seperti yang semua sedia maklum, didalam Belanjawan 2016 ( yang terkini) , YAB PM telah mengumumkan hanya 20 pelajar paling TOP SPM sahaja yang akan ditaja keluar negara. Oleh itu, selebihnya didalam negara.
✔Bagaimana pun , kos pengajian di Mesir jauh lebih rendah jika dibezakan dengan negara lain dan juga separuh jika dibezakan didalam negara sendiri.

8. Bilakah jangkaan tarikh pelajar berangkat ke Mesir ?
✔ Pelajar akan berangkat pada pertengahan bulan September 2017.
✔ Pelajar perlu mendaftar pada bulan Julai untuk mengikuti Program Persediaan MedicMesir selama 6 minggu. Program persediaan ini adalah anjuran MedicMesir dengan kerjasama Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.

9. Bilakah permohonan mula dibuka ?
✔ Permohonan sudah mula dibuka mulai sekarang 
✔ Anda perlu memohon secara online; email slip SPM ke medicmesir@gmail.com

10. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan?
✔ Utk permohonan awal hanya slip SPM sahaja.
✔ Selepas kelulusan diberikan semua dokumen2 lain seperti didalam surat tawaran perlu dihantar kepada MedicMesir secara pos.
✔ Senarai dokumen yang diperlukan akan disertakan bersama Surat Tawaran Sementara(STS).

11. Bagaimanakah cara untuk mendaftar?
✔ Dibawah adalah link penting untuk urusan selanjutnya;
🔹Blog: www.medicmesir.com
🔹Facebook : www.facebook.com/MedicMesir
🔹Daftar permohonan online: bit.ly/medicmesir2017
🚑 Daftar di link Taklimat 2016. bit.ly/maklumantaklimat2017
💊 MM akan menghantar info lanjut dari masa kesemasa.

12. Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang persoalan ?
☎ Segala pertanyaan sila berhubung ditalian dibawah:-
✔ Dr Ahmad - 013 3061313
✔ Encik Fakrul - 0197586167

☎ Urusan Surat Tawaran : 
✔ Cik Nadirah - 0133023030 

💊 Sila hebahkan kepada rakan2 yang berminat. Semoga anak2 semua berjaya dunia dan akhirat. 

13. Dibawah adalah maklumat mengenai MedicMesir 🎓
ALAMAT:
No C-07-03, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5,
43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor Darul Ehsan

LOKASI GPS:
https://goo.gl/maps/daGUCneU1Jn


☎TELEFON PEJABAT:
03 89229122 /  
03 89229022
Fax :03-89220122

💾EMAIL:
medicmesir@gmail.com  
📡BLOG:
www.medicmesir.com

Shukran dan Semoga Bermanfaat
Salam Ukhuwah, 
Siti Nadirah Hamdan 
MedicMesir

Version 1 Mac 2017

Wednesday, March 9, 2016

BIASISWA JPA-MARA 2016 UNTUK LEPASAN SPM 2015


Biasiswa JPA-MARA 2016 untuk Lepasan SPM 2015 – Program Kerjasama Khas JPA MARA tahun 2016 untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki SPM pada tahun 2015 bagi kali pertama untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Program Khas JPA MARA bagi mengikuti pengajian Ijazah Pertama di dalam dan luar negara. Calon-calon yang berjaya dipilih bagi program ini akan mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama.


Program Khas JPA-MARA adalah program penajaan untuk pelajar Bumiputera dengan keputusan SPM yang sangat baik dan cemerlang bagi melanjutkan pelajaran dalam kursus pilihan seperti berikut:

Program Akademik Jepun (PAJ)

Program Akademik Jepun merupakan program penajaan ke negara-negara lain dalam bidang kejuruteraan dan sains sosial. Pelajar akan menjalani program persediaan khas sebelum mengikuti ijazah pertama ke Jepun. penempatan kolej persediaan untuk Program Akademik Jepun akan diadakan di Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Institut Bahasa Teikyo (IBT).

Program Ijazah Pertama di Universiti Berkaitan Kerajaan (Government Linked University – GLU)

Program Ijazah Pertama di Universiti di bawah Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company – GLC) (Universiti Tenaga Nasional, Universiti Teknologi Petronas dan Universiti Multimedia).

Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Universiti pilihan sebelum meneruskan Ijazah Pertama di universiti yang sama.

Program Ijazah Ijazah Pertama di IPTS

Program Ijazah Pertama di IPTS akan menyediakan pelajar sebelum ke peringkat Ijazah mereka di Institusi Pengajian Tinggi Swasta di Malaysia dalam bidang perubatan. Program persediaan ini akan dijalankan di Kolej Teknologi Timur (KTT) dan Sekolah Islam Antarabangsa Malaysia (International Islamic School Malaysia – IISM).
SYARAT PERMOHONAN

Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2015 sahaja. Calon-calon juga mesti memenuhi syarat-syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

a) Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu/ Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
b) Umur belum mencapai 19 tahun pada tahun permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan) dan menduduki SPM 2015 pada kali pertama.
c) Mempunyai kesihatan yang baik.
d) Ibu, bapa dan ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang JPA.
e) Pemohon tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat-syarat Khusus Permohonan

Program: Kejuruteraan
Luar Negara: Jepun
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
  • Matematik tambahan
  • Fizik
  • Kimia; dan
  • Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil
Program: Sains
Contoh: Bio Sains, Bio Perubatan, Sains Kesihatan, Fizik, Matematik, Sains Makanan, Sains Aktuari
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Biologi / Fizik / Kimia
  • Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

Program: Sains Sosial & Kemanusiaan
Contoh: Perundangan, Ekonomi, Komunikasi, Pemasaran, Hubungan Antarabangsa, Hospitaliti, Perbankan, Statistik, Psikologi, Eko Pelancongan
Dalam negara: UTP, UNITEN, MMU
Memperoleh sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu
  • English
  • Matematik
  • Sains
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral
  • Perakaunan / Ekonomi / Perdagangan / Kesusasteraan Melayu / Geografi / Sains dan Teknologi
  • Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

Program: Perubatan
Dalam Negara
Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam tujuh (7) matapelajaran berikut:
  • Bahasa Melayu;
  • Bahasa Inggeris;
  • Sejarah;
  • Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral;
  • Matematik;
  • Matematik Tambahan;
  • Biologi/Fizik/Kimia/; dan
  • Tanpa sebarang C dalam mana-mana mata pelajaran yang diambil.

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat secara online mulai 4 Mac 2016 hingga 10 Mac 2016 (tujuh hari): Mohon Online di SINI
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online.
Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan anda boleh kemukakan kepada:

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Ibu Pejabat MARA 21,
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Tel: +603 2613 2000
Email : webmaster@mara.gov.my

Credit daripada : http://www.biasiswa.info/blog/biasiswa-jpa-mara-2016-untuk-lepasan-spm-2015

Monday, March 7, 2016

BIASISWA YAYASAN SIME DARBY (YSD) 2016


Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) 2016 – Tawaran Biasiswa Yayasan Sime Darby (YSD) bagi sesi 2016 untuk pelajar Malaysia.

Yayasan Sime Darby (YSD) kini menawarkan biasiswa dan dermasiswa kepada rakyat Malaysia yang layak dengan keputusan akademik yang cemerlang dan kepimpinan berkualiti untuk pengajian vokasional, sijil, diploma dan pengajian ijazah pertama di institusi tempatan dan asing.Sejak 30 tahun yang lalu, lebih daripada 2,500 pelajar telah mendapat manfaat daripada biasiswa YSD. Pada tahun 2015, YSD menawarkan 482 biasiswa dan dermasiswa dalam pelbagai bidang bagi rakyat Malaysia dan warga lain di mana Sime Darby beroperasi.

BIASISWA YAYASAN SIME DARBY (YSD) UNTUK PELAJAR MALAYSIA

YSD menawarkan pelbagai bentuk program biasiswa mengikut kategori pemohon, berikut merupakan senarai biasiswa-biasiswa yang ditawarkan oleh pihak Yayasan Sime Darby bagi tahun 2016 ini.

1. Program Biasiswa Kecemerlangan YSD

YSD menyokong pelajar yang memiliki pencapaian akademik cemerlang, aktif melibatkan diri dalam aktiviti kurikulum dan penyertaan dalam khidmat masyarakat. Biasiswa ini terpakai bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian sepenuh masa di tahap Pra-Universiti dan Sarjana Muda di institusi akademik terkemuka dalam dan luar negara.

2. Program Bursary YSD

Kategori ini dianugerahkan kepada individu daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan pelajar OKU dengan keputusan akademik yang memuaskan untuk melanjutkan pelajaran di institusi akademik terkemuka di Malaysia.

3. Program Pengayaan Kemahiran YSD

YSD memperluaskan bantuan biasiswa kepada mereka yang ingin mengikuti program sijil dan diploma teknikal di Ramsay Sime Darby Healthcare dan Sime Darby Industrial Academy.

Cara Memohon Biasiswa

Tempoh permohonan adalah bermula dari 3 Mac hingga 2 April 2016. Calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan melalui e-mel. Biasiswa bermula dari bulan September 2016.

Maklumat lanjut mengenai permohonan bagi setiap program yang ditawarkan boleh didapati di laman rasmi YSD melalui pautan berikut:Biasiswa YSD

Credit daripada : http://www.biasiswa.info/blog/biasiswa-yayasan-sime-darby-ysd

Sunday, March 6, 2016

PETRONAS EDUCATION SPONSORSHIP PROGRAMME 2016


Petronas Scholarship 2016 – PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP). The PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) 2016 is now OPEN for application.

Since 1975, PETRONAS has sponsored more than 35,000 deserving students who dare to push boundaries through high performance mindset and leadership capability. This continues to be pursued by PETRONAS to nuture the right talent for the company, industry and nation.

Application for the PETRONAS Education Sponsorship Programme (PESP) is open to outstanding Malaysians to pursue undergraduate studies in oil and gas related fields. Eligible candidates will be shortlisted and interviewed prior to final selection.

Applications are open from 3 March 2016 (9 am) until 10 March 2016 (5 pm)

Sponsored Programmes

  • Accounting/Commerce/Finance
  • Actuarial Science
  • Chemical Engineering
  • Economics
  • Electrical & Electronic Engineering
  • Geology/Geophysics
  • Law
  • Mechanical Engineering
  • Petroneum Engineering
  • Petroleum Geoscience

Eligibility criteria

Kindly download Application Guideline for further information on the eligibility criteria.

How to Apply?

Applications must be made online via PETRONAS Education Sponsorship Portal: CLICK HERE
For applicants of UTP programme, it is compulsory for you to submit UTP admission application via http://www.utp.edu.my
Download Online Application Form Filling and view FAQ documents for your further reference.
Deadline: Online applications will be closed at 5pm on 10 March 2016

For assistance, please contact our helpdesk at 03-2331 2277
(Weekdays: 9.00am – 5.00pm, Weekend: 9.00am – 3.00pm)

Credit daripada : http://scholarships.index.my/petronas-education-sponsorship-programme-2016/

Friday, March 4, 2016

TAKLIMAT PERDANA PROGRAM PERUBATAN MESIR SESI 2016/17


Assalamualaikum wbth

1. Semoga sentiasa didalam rahmat dan pemeliharaan Allah swt.

2. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon lepasan Spm 2015 yang telah memperoleh kejayaan yang cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, usaha lagi. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, MM berbesar hati menjemput semua bakal pelajar serta IbuBapa ke siri-siri taklimat yang akan diadakan diseluruh negeri bermula 5hb Mac 2016 dan akan berjalan sehingga akhir bulan April 2016. Permohonan tutup pada akhir bulan April 2016. 

3. Taklimat 2 jam ini terbuka kepada semua pelajar serta ibubapa. Penyertaan adalah PERCUMA. Berikut adalah jadual taklimat sepanjang bulan Mac dan bulan April 2016 :

4. Sila daftar di link Taklimat 2016 untuk mendapat update terkini taklimat di zon yang berdekatan anda. http://bit.ly/taklimatmedicmesir2016. Pegawai yang bertugas mengenai Taklimat MM 2016 adalah En Fakrul (019 7786167)

{TAKLIMAT PERDANA MEDICMESIR 2016}
{ Fakulti Perubatan, UPM Serdang }
- 5hb & 12hb Mac 2016 , 10-12 tengahari
{ Seri Malaysia , MELAKA } 
{ Seri Malaysia, IPOH }
- 6hb Mac 2016 , 10-12 tengahari
📢 ZON TENGAH
✔ Dewan MedicMesir, Bangi
Tarikh : Setiap Sabtu, bermula 19hb Mac , 10-12 tghri
(19,26 March & 2,9,16,23, 30 April)

📢 ZON SELATAN
✔ Rina Balinese, Johor Bahru 
Tarikh : Setiap Sabtu, 10-12 tengahari 
(12,19,26 March & 2,9,16,23,30 April)
✔ Hotel Seri Malaysia, Melaka
Tarikh : Setiap Ahad, 10-12 tengahari 
(6,13,20,27 March & 3,10,17,24 April, 1 May)

📢 ZON UTARA
✔ Darul Hanan Kepala Batas, Pulau Pinang 
Tarikh : Setiap Jumaat, 9-11 pagi 
(11,18,25 March & 1,8,15,22,29 April)
✔ Tabung Haji Hotel, Pulau Pinang 
Tarikh : Setiap Sabtu, 10-12 tengahari
(12,19,26 March & 2,9,16,23,30 April)
✔ Hotel Seri Malaysia Ipoh, Perak
Tarikh : Setiap Ahad, 10-12 tengahari
(6,13,20,27 March, 3,10,17,24 April & 1 May)


📢 ZON PANTAI TIMUR
✔ Hotel Habib, Kota Bharu, Kelantan 
Tarikh : Setiap Jumaat, 9-11 pagi 
(11,18,25 March & 1,8,15,22,29 April)
✔ Hotel Kenangan, Kuala Terengganu
Tarikh : Setiap Sabtu, 10-12 tengahari
(12,19,26 March & 2,9,16,23,30 April)
✔ Hotel Seri Malaysia Kuantan , Pahang
Tarikh : Setiap Ahad, 10-12 tengahari 
(13,20,27 March, 3,10,17,24 April & 1 May)

5. Segala pertanyaan sila berhubung ditalian dibawah:-
✔ Cik Nadirah - 0133023030 
✔ Cik Syahirah - 0133061313
✔ Cik Amanina - 0197906167
✔ Encik Fakrul - 0197786167
✔ UmmiMM - 0196206167
💊 Sila hebahkan kepada rakan2 yang berminat. Semoga berjaya di dunia dan akhirat. 



Salam Hormat, 
Cik Nadirah 
013 3023030/ 0389229122


Thursday, March 3, 2016

THERE ARE NEVER TOO MANY DOCTORS.


CURRENTLY, Malaysia has a doctor to population ratio of 1:633. The target is for the country to achieve a 1:400 ratio by 2020. As is obvious, the gap to be closed in some four years is still quite substantial. Consequently, the announcement by the Health Ministry on the extended freeze on new medical courses is puzzling. It is explained away as inadequacy of infrastructure to absorb graduating trainees for internship and housemanship. The minister said the freeze will last “until our supply and demand balances out”, which has nothing to do with the care-giving aspect of the health service. If it did, then the targeted ratio of doctors to population would have been surpassed. Such a perspective — where the system cannot have more than a certain number graduating annually — defeats the objective of healthcare. To match the number of graduating medical students to whatever hospital capacity is available is to be inflexible. And, this also means that there are not enough hospitals in the country. Is this the case? 

Even then, ways can be found to surmount the problem. For example, a working relationship can be established with hospitals abroad that need doctors and are willing to take in trainees. This should also be the responsibility of the course provider. It is for the medical college to guarantee that the students will receive the standard practical training, which is an essential part of the course. The Education Ministry cannot license an institution until it has proof of its ability to provide the relevant training. 

And, given that healthcare in this country reaches into the rural areas in the form of rural clinics and district hospitals (there should be more of them, by the way) one wonders why with the “so-called glut of doctors” the solution cannot be found in upgrading these clinics. To have at least one qualified doctor must surely improve the services extended considerably. Why the need to curtail the number of medical graduates when there are enough willing and able candidates? If the problem is the unwillingness of doctors to serve in rural areas, then KPIs (key performance indicators) should include a period of rural service for promotion and, for those wanting to specialise, scholarship purposes. A similar condition can be imposed on those entering private practice. On balance, is not willingness for hardship posting evidence of their calling?

The upshot is, healthcare is a citizen’s right, and Malaysia’s population is growing. Do the number of doctors graduating annually match the rate of population growth? It would be a tragedy if the freeze on new medical courses results in a perpetual catch-up game with medical breakthroughs and discovery of new diseases. It will also result in a situation where there are never enough doctors. As the target ratio suggests — assuming that it is the appropriate balance — Malaysia’s policy is to provide the kind of healthcare matching that of the developed world, for, we cannot claim to have arrived if the country’s healthcare is only a little better than it is now. If the authorities expect Malaysians to pursue their medical studies abroad, then the likelihood is that they will not come home. Doctors are always needed somewhere, everywhere.

Credit daripada :                                 http://www.nst.com.my/news/2016/03/130577/there-are-never-too-many-doctors

Wednesday, March 2, 2016

SESI RAMAH MESRA MAHASISWA MALAYSIA .


Jangan Lupa Temujanji Hari Ini !

Kepada semua mahasiswa/i Malaysia di Mesir. Usah sia-siakan peluang untuk bertemu dan berdialog dengan YB En Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah jam 5.30pm, 3 Mac 2016 (Khamis).

Tentatif program:

5.30pm:Ketibaan pelajar dan jemputan. Jamuan ringan.

5.53pm: Azan maghrib. Solat maghrib berjamaah bersama YB Menteri, TYT Dato' Duta dan para mahasiswa/i di dewan besar.

6.30pm: Sesi Ramah Mesra bersama YB Menteri. Ucapan dan dialog bersama mahasiswa.

8.30pm:Bersurai dan jamuan makan malam.

Sila sebarkan kepada rakan dan teman anda.

Credit daripada :  https://www.facebook.com/eme.net.eg/photos/a.621632127854142.1073741825.255875881096437/1261825210501494/?type=3&fref=nf

Tuesday, March 1, 2016

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2016/2017


Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2016/2017 – Info Tawaran Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi sesi pengajian tahun 2016/2017.

KETERANGAN BIASISWA

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah bagi mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang pelajar, di samping memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Pasca Ijazah dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam. Kelebihan biasiswa ini adalah dari segi kadar biasiswa yang ditawarkan, syarat-syarat kelayakan dan penempatan di universiti-universiti yang terkemuka.
Bilangan biasiswa yang disediakan adalah dua belas (12) biasiswa iaitu enam (6) biasiswa untuk peringkat Kedoktoran (PhD) dan enam (6) biasiswa untuk peringkat Sarjana setiap tahun.

Kriteria utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Di samping itu, kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:

i. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
ii. Prestasi semasa temuduga.

Baca juga: 11 Penuntut Terima Biasiswa Yang Di-pertuan Agong (BYDPA) 2015

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2016/2017

Syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;
ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;
iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
iv. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
v. Mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa; dan
vi. Telah mendapat tempat pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong yang telah menamatkan pengajian diwajibkan pulang ke Malaysia untuk berkhidmat di negara ini bagi tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun. Bagi memastikan syarat tersebut dipatuhi, calon yang terpilih dikehendaki menandatangani perjanjian dengan Kerajaan. Jika calon yang terpilih adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan JPA di peringkat Ijazah Sarjana Muda, mereka masih terikat untuk berkhidmat dengan Kerajaan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di bawah penajaan peringkat Sarjana Muda. Kadar gantirugi seperti yang berkuatkuasa pada masa sekarang akan dikenakan sekiranya pelajar melanggar syarat perjanjian.

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) 2016/2017

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.
Keterangan mengenai Program Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017, syarat-syarat permohonan dan panduan permohonan boleh diperolehi dengan melayari portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan.
Maklumat lanjut biasiswa:

Keterangan Biasiswa: klik sini
Syarat-syarat Permohonan: klik sini
Garis Panduan Permohonan: klik sini
Garis Panduan Menulis Cadangan Penyelidikan/Pengajian: klik sini

Borang permohonan hendaklah diisi secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 9.00 pagi, 07 Mac 2016.

Tarikh tutup permohonan dalam talian (on-line) Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan ialah pada 18 Mac 2016 melalui serahan tangan atau pos ke:
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 3, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Pertanyaan mengenai Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853546/3569/3879 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang atau e-mel di alamat ldp@jpa.gov.my.
Sila like FB Page Biasiswa.Info dan langgan email di sini untuk mendapatkan kemaskini Biasiswa terbaru.

Credit daripada : http://www.biasiswa.info/blog/biasiswa-yang-di-pertuan-agong-bydpa

Makluman keberangkatan MedicMesir bagi sesi pengambilan 2017

PENERBANGAN PERTAMA = MANSOURA & ALEX ✈ Oman Air( 23 September 2017) -Dep KUL : 9.30am -Arrive Cairo :17.05pm ✈ Info Flight  Kul➡Muscat ...